PRU15 | Ismail Sabri sebagai calon PM bukan satu arahan

2022-10-18 0

Keputusan 152 Bahagian UMNO untuk meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum seterusnya bukan tekanan dari mana-mana pihak.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan mencalonkan namanya itu telah disepakati dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti sebelum ini dan diumumkan Presiden sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada 152 bahagian itu, Ismail Sabri berkata, usul mereka bukan satu arahan, tetapi lebih kepada usaha atau penekanan untuk menunjukkan sokongan bahagian kepada keputusan MT dan cadangan presiden parti.